Tuesday, October 20, 2009

Pengenalan Kejuruteraan RZA

KEJURUTERAAN RZA yang telah mula beroperasi pada tanggal 08 Januari 2002 yang bertujuan untuk menyumbang dan turut memenuhi keperluan program pembangunan negara terutamanya dalam bidang pembinaan yang sedang pesat membangun.

Matlamat jangka panjang ialah untuk menyediakan satu kelompok pengurusan dan pekerja pembinaan yang cekap, beretika dan berkemahiran tinggi selaras dengan matlamat negara, menuju ke era negara maju menjelang 2020.

Pengiktirafan ISO 9002 adalah matlamat pendek yang ingin dicapai dalam masa beberapa tahun selepas penubuhannya. Dengan dikendalikan oleh pengurusan yang cekap dan berpengalaman, KEJURUTERAAN RZA mampu serta berkeyakinan penuh akan menjayakan sebarang kerja-kerja pembinaan yang diamanahkan kepadanya.

Dengan KEJURUTERAAN RZA, kami ingin meyakinkan para pelanggan kami bahawa perkhidmatan yang akan diberikan benar-benar pada tahap professional yang tinggi dengan kos yang kompetitif.